Wednesday 12 January 2011

Takaful IKHLAS mengurus dan mengendalikan perniagaan selaras dengan prinsip-prinsip Syariah. Komited sepenuhnya bagi memastikan keadilan dan kesaksamaan dilaksanakan dalam semua urusan. Oleh itu, semua operasi, urusan pelaburan, pengurusan dan pemasaran perniagaan dikawalselia oleh Jawatankuasa Penasihat Syariah yang diketuai oleh Dato’ Mohd Mokhtar Shafii, Ahli Majlis Fatwa Selangor.

Takaful IKHLAS komited dalam membantu para pelanggan secara cekap dan berkesan khususnya apabila melibatkan soal tuntutan dan pampasan. Ini adalah kerana Takaful IKHLAS ingin meyakinkan bahawa usaha untuk memberi “ketenangan fikiran” bukan sekadar slogan semata-mata, tetapi satu realiti. Apa yang lebih penting,kami IKHLAS.