MODEL

Sejajar dengan perkembangan perkhidmatan perlindungan kewangan Islam di peringkat antarabangsa dan tempatan, Takaful IKHLAS telah memilih kontrak Wakalah sebagai model dalam membentuk asas operasi kami. Wakalah adalah satu bentuk perhubungan perwakilan di antara Takaful IKHLAS dan seseorang peserta (Prinsipal/Pelanggan).
Takaful IKHLAS menggunakan kontrak berikut sebagai garis panduan perniagaan kami:
  • Kontrak Tabarru’ di mana peserta bersetuju mendermakan peratusan yang telah ditentukan daripada sumbangan kepada Dana Risiko untuk membantu peserta lain.
  • Kontrak Wakalah di mana peserta membenarkan Takaful IKHLAS untuk menguruskan hal ehwal dana bagi pihak beliau.
  • Model Takaful IKHLAS membolehkan penggunaan perantara sebagai satu kaedah untuk memenuhi keperluan pelanggan, pembayaran lebihan dan keuntungan dengan lebih baik, di mana sesuai, kepada para peserta dan pengiraan keuntungan yang dikongsi secara bulanan.

Nota:
Untuk Takaful Am, semua sumbangan, selepas ditolak Dana Perbelanjaan (EF) di dalam GRIA akan diagihkan untuk Tabarru' dipermulaan sijil kepada Dana Risiko (RF) dan Dana Khas (SF). Sebarang pendapatan pelaburan dari Dana Risiko (RF) dan Dana Khas (SF) akan diperuntukkan kembali ke dalam Dana Risiko (RF) dan Dana Khas (SF). Dalam hal ini, IKHLAS tidak akan mengenakan Yuran Prestasi Pelaburan (%). Pengagihan lebihan bersih, akan diperuntukkan dan diuruskan secara tahunan.