KEISTIMEWAAN

Melalui semangat kerjasama dan tanggungjawab sesama peserta, amalan menyumbang dan kebajikan memberikan peluang kepada para peserta untuk mendapat manfaat dalam dua bentuk keuntungan. Pertama, keuntungan daripada segi kewangan menerusi pelan Takaful itu sendiri. Kedua, “manfaat” daripada segi rohaniah di mana para peserta dapat memenuhi tanggungjawab yang disyariatkan oleh agama dan tuntutan sosial melalui kaedah Tabarru’. Sistem Takaful tidak hanya bermanfaat kepada Muslim sahaja, malah ia turut memberi kebaikan kepada semua peserta tanpa mengira pegangan agama mereka.